Thursday 30 April 2015

Log In Print Kaler
Print Kaler Tshirt Printing Murah Di Shah Alam - Sekarang kita boleh lihat di setiap majlis pengantin atau family day, atau majlis jemputan mesti nak berpakaian sedondon menandakan mereka semua itu terlibat dalam majlis berkenaan. Lawa kan kalau semua berpakaian sedondon, sama je..lagi-lagi masa majlis kawin, semua adik beradik, dengan orang yang rewang berpakaian sama je. Bila amik gambar memang menarik. Sekarang memang banyak cetak baju ni tapi nak cari perkhidmatan mencetak baju t-shirt yang berkualiti dengan harga yang murah memang susah nak dapat.
 
selanjut nya boleh baca di blog ini
 
Beza Cara Cetakan Silk Screen Dan Heat Press
Salam semua. Dalam post kali ni saya nak jelaskan berkenaan beza antara kaedah cetakan baju heat press atau cetakan baju silkscreen. Bagi sesiapa yang tak pasti nak pilih kaedah printing baju yang mana satu diharapkan artikel ni akan mambantu sedikit sebanyak dalam membuat pilihan printing baju.
Heat Press
Kaedah ni memerlukan mesin pemanas khas untuk memindah image daripada kertas yang khas juga yang di print daripada printer biasa yang juga menggunakan dakwat khas kepada t-shirt. Mesin heat transfer ni lebih kurang macam saterika baju yang kita selalu pakai kat rumah tu cuma bentuk dia lebih besar. Kaedah ni pulak terbahagi kepada 2 yang utama. Yang pertama dipanggil sebagai kaedah "Sublimation" manakala yang kedua dipanggil "Heat Transfer".
mesin heat press untuk cetak baju @ print tshirt
mesin heat press untuk cetak baju @ print tshirt
 
Kaedah sublimation ni cuma boleh digunakan untuk transfer gambar ke atas fabric yang selain dari cotton, contohnya seperti fabric polyester, microfibre dan sebagainya. Maksudnya kalau print atas kain cotton gambar akan jadi kabur, silap-silap tak lekat langsung. Boleh juga guna fabric campuran cotton dan polyester tapi hasilnya mungkin tak memuaskan (bergantung juga kepada cara fabric tersebut ditenun). Satu lagi kaedah sublimation ni cuma boleh buat pada baju yang warna cerah-cerah, hitam memang tak boleh langsung, putih adalah yang paling sesuai. Keistimewaan kaedah ni adalah warna dia kekal sebab proses sublimation ni akan dye warna terus dalam fabric dan takkan tanggal warna dia.
Contoh cetakan sublimation di baju
Contoh cetakan sublimation di baju
Tiada had warna yang boleh diprint kalau guna kaedah ni, maknanya warna banyak atau 1 warna sahaja pun harganya sama jer. Harga ditentukan oleh saiz sesuatu imej yang akan diprint nanti, lagi besar saiz imej maknamya lagi mahal harganya.
Satu lagi kedah heat press ni adalah "Heat Tranfer". Kaedah ni lebih kurang jer macam sublimation tapi lebih mahal sikit sebab kos kertas dia pun jauh lebih mahal. Warna yang boleh diprint juga tak terhad cuma istimewanya kaedah ni boleh digunakan pada sebarang jenis fabric samada cotton atau bukan cotton. Kelemahan kaedah ni pulak adalah setelah beberapa kali basuhan yang keras, cetakan mungkin akan jadi pecah-pecah. So cara basuh nak kena jaga kalau pilih kaedah printing baju yang ni.
contoh cetakan heat transfer di baju
Contoh cetakan heat transfer di baju
Silkscreen
Kaedah ni pulak lebih rumit berbanding dengan kaedah heat transfer sebab banyak benda yang perlu di sediakan sebelum boleh print di baju. Sebab tu saya tak boleh nak ambil order 1 helai kalau pelanggan pilih cara ni, sebab kos dia akan jadi terlalu mahal dan customer pun mungkin rasa macam tak berbaloi . Paling kurang pun 10 helai baju dan cetak boleh saya terima, baru boleh pulang modal.
Kerja buat silkscreen ni kena kerah tenaga yang banyak jugak la, silap haribulan boleh demam jugak kalau kena print kena banyak sangat. Satu nak kena prepare blok/stensil, lagi banyak color/design guna, lagi banyak blok nak kena buat & lagi banyak layer color nak kena tarik. Tapi yang bagusnya kalau pakai kaedah ni tak ada had jenis fabric yang boleh digunakan, semua boleh cetak samada cotton,jersey,quickdry dan viscose.
Kos bagi kaedah silkscreen ni biasanya bergantung kepada saiz imej dan jugak bilangan color yang digunakan, lagi besar imej & lagi banyak color, lagi mahal lah harga baju tu.
Contoh Cetakan Silkscreen di baju
Contoh Cetakan Silkscreen di baju
Harap-harap dengan penerangan kat atas tu korang ada idea tentang kaedah mana satu nak pilih masa nak buat tempahan nanti. Apa-apa hal pun contact jer.
JOM PRINT T-SHIRT di Print Kaler.
sebarang pertanyaan boleh hubungi kami
Mazlan-013 594 2697
Muat turun katalog baju dan premium gift kami >>>>>>>>Muat Turun Catalog

Post kali ini kami bagi gambar beberapa hasil cetakan baju dan sulaman baju korporat.
Antara tempahan yang kami sudah siap kan sepanjang bulan Mac 2015
vest hospital sungai buloh depan vest hospital sungai buloh belakang
Vest dari Hospital Sungai Buloh
jersey urc depan jersey urc belakang
Jersey dari URC
cetak baju dengan kami pasti puas hati
Komen dari pelanggan tentang kualiti dan kecepatan kami untuk siap
baju tengkorak dari pelanggan
Print Baju Tengkorak/Skull
baju lincoln university sedang di print
Baju Lincoln University sedang di cetak dan tunggu keringbaju kgo uitm puncak alam sedang di cetak
Kilang kami sedang mencetak Baju KGO GPMS UiTM Shah Alam
baju kelas siap di cetak
Cetakan Baju kelas
baju f1 urc depan baju f1 urc belakang
Baju Korporat dari URC
baju f1 fakulti farmasi uitm depan baju f1 fakulti farmasi uitm belakang
Baju F1 dari Fakulti Farmasi UiTM Shah Alam
baju acca uitm shah alam sedang di cetak komen dari twitter
Dari instagram Pelajar ACCA.Gambar baju sedang di cetak.
Mereka sudah tempah baju dari Print Kaler.
Cetak Baju dengan kami.
Cepat, berkualiti dan murah
Mari penduduk Shah Alam,
cetak baju bersama kami.
Kami cuba yang terbaik kerana kami mementing
Kualiti,Kecepatan dan Murah
kilang kami3 kilang kami2
kilang kami1
DESIGN YANG MENARIK!!! HITAM KEGEMARAN KU

PELBAGAI WARNA BAJU DALAM SATU DESIGN DENGAN HARGA YANG SAMA. 4 HARI DAH SIAP....BAJU KUALITI ANDA PUAS HATI

BAJU TEMPAHAN POLITEKNIK SHAH ALAM

tempahan dari pelajar politeknik shah alam (PSA)
48 helai hanya siap dalam 2 hari saje.tempah hari rabu,jumaat da setel. bajet die RM15 tapi bg kurang lagi..cetak lar bersama kami..insyaallah kami boleh bantu
Kami merupakan syarikat 100% bumiputera yang telah berdaftar dengan SSM di bawah nama Tera Target Enterprise (SA0221313-M) sejak tahun 2011. Kami menawarkan pelbagai produk untuk tempahan seperti roundneck t-shirt, polo shirt, mircrofibre shirt, baju korporat (F1), jaket korporat dan pelbagai lagi khas untuk kelab, persatuan, sekolah, kolej, universiti serta organisasi swasta dan kerajaan. Semestinya hanya kualiti baju yang terbaik dan servis cetak baju murah dari kami !
Mengapa Anda Harus Buat Tempahan Dengan Kami ?
Kami telah berpengalaman luas dalam bidang percetakan dan membekal dalam percetakan pakaian untuk pelajar UiTM dengan pelbagai design dan jenis kain kerana kedai kami berada di dalam UiTM. Untuk pelanggan baru seperti anda kami akan pastikan kualiti yang terjamin dengan harga pelajar kerana semua tenaga penggerak dari kami adalah dari pelajar UiTM sendiri.
Kami menawarkan anda harga yang terbaik dan berpatutan mengikut kualiti produk yang ditawarkan.
Anda boleh datang dan lihat sendiri ke kedai kami untuk melihat dan meminjam sampel produk yang telah kami siapkan.
Kami sedia menerima serendah 10 helai tempahan untuk memberi anda peluang untuk mencetak
t-shirt dengan kuantiti yang sedikit.
Oleh itu cetak lah baju dengan kami!!!